Pemasaran Animate (peruncit)

Meito Anisawa (兄沢 命斗, Anisawa Meito) merupakan maskot untuk syarikat Animate. Nama timangan Meito adalah Anime Tenchō (アニメ店長) yang bermaksud "pengurus Anime". Reka bentuk wataknya menggambarkan dia sebagai seorang lelaki gagah yang mempunyai rambuk bercacak, memakai baju seragam pekerja kedai Animate. Watak ini gigih mempromosi produk yang dijual di kedai Animate. Sebuah animasi video pendek (OVA) berdasarkan watak Meito ini telah dihasilkan oleh syarikat produksi Gainax dan dikeluarkan pada tahun 2002. Satu lagi OVA telah dikeluarkan pada tahun 2010. Projek animasi yang menggabungkan "Anime Tencho" ini dengan Projek Touhou juga telah dihasilkan oleh ufotable dan disiarkan pada 20 November 2010, di Animate Anime Matsuri Ichioshi Bishojo sempena ulang tahun ke-10 watak maskot Animate.[14] Meito juga telah muncul di dalam pelbagai rancangan anime seperti Lucky Star dan permainan video seperti Disgaea 4 dan Touch My Katamari.[15] Meito telah disuara latar oleh Tomokazu Seki dalam siri Lucky star. Lex Lang merupakan suara latarnya untuk dub Bahasa Inggeris siri Lucky Star.[16]